Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN "KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA


[1] Keluarga



Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula di pagi hari

Sehingga malam nanti



Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai



Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka


Rujukan

Prof Dr Normaliza Abd Rahim, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT)




Cerita yang Berkaitan dengan Model di atas

Ahmad merupakan anak pertama daripada 3 adik-beradik. Ahmad berasal daripada keluarga yang susah dan hidup ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Namun begitu, hal ini tidak mematahkan semangat Ahmad untuk berjuang membela nasib mereka sekeluarga. Tiap pagi Ahmad akan bangun pada awal pagi untuk berkerja mencari sesuap nasi. Saya berkerja di sebuah warung yang terdapat dihujung kampung. Di warung tersebut Saya mendapat sebnayak RM 60 sebagai upah pada setiap hari. Dengan upah itu saya membeli barang keperluan dapur bagi manampung kehidupan mereka sekeluarga.  Ayah dan ibu Ahmad selalu berpesan supaya tidak mencuri dan meminta simpati daripada orang lain. Ibu ayah Ahmad berpesan biar kita hidup susah asalkan kita mempunyai budi perkerti yang baik. Pada setiap pagi sebelum pergi kerja Ahmad akan menghantar adik-adiknya ke sekolah. Ahmad sebenarnya mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti namun disebabkan masalah kewangan Ahmad terpaksa melupakan cita-citanya. Bagi Ahmad keluarga adalah segala-galanya.  Ahmad bercita-cita pada suatu untuk membuka sebuah perniagaan. Dia berharap cita-citanya itu akan tercapai pada suatu hari nanti. Oleh itu, hasil daripada upah yang diperoleh ketika berkerja di warung maka Ahmad telah menyimpan seidkit demi sedikit bagi mengumpul modal untuk membuka kedai runcitnya. Ahmad yakin dengan usaha keras dia mampu mengubah nasib keluarganya. 



No comments:

Post a Comment