Friday 14 February 2020

BBM3201Satu: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Alim. Dia mempunyai dua orang Nenek dan dua orang Datuk yang tinggal di Kajang dan Melaka. Pada suatu hari Alim telah pulang ke kampung Datuk dan Nenek di Kajang. Suasana yang tenteram di kampung itu telah menyebabkan Alim berasa selesa dan gembira apabila pulang ke kampung. Alim begitu teruja bila pulang ke kampung. Namun begitu keterujaan Alim berubah kepada sedih kerana apabila tiba di kampung Alim mendapati bahawa ayam dan itik yang selalu berada di reban rumah datuk dan neneknya telah tiada. Tanpa bertanya kemana ayam dan itik itu pergi Alim terus menangis kerana memikirkan bahawa ayam dan itik itu telah mati. Hal ini telah menyebabkannenek terus bergegas kepada Alim dan bertanya sebab dia menangis. Apabila mengetahui sebab Alim menangisnenek terus memberitahu bahwa ayam dan itik yang berada di reban itu telah dipindahkan ke rebn baru yang telah dibuat oleh datuk. Alim terus gembira melihat ayam dan itik itu masih hidup. Selepas selesai melawt reban ayam dan itik Alim terus masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba dia menangis lagi kerana mendapati suasana di dalam rumah itu amat berbeza berbanding kepulangannya sebelum ini. Nenek telah menerangkan bahawa rumah ini telah diubah suai. Setelah memeberi penerangan sejelas-jelasnya akhirnya Alim mengerti tentang perkara yang berlaku di rumah datuk dan neneknya.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara

No comments:

Post a Comment