Thursday 13 February 2020

BBM3410satu2020: Tentang Diri







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ......

Pada tanggal 18 September 1998 telah lahir seorang Putera di Hospital Besar Kuala Terengganu atau sekarang dikenali sebagai Hospital Sultanah Nur Zahirah. Putera tersebut telah diberikan nama Wan Muhammad Iskandar Bin Wan Nazri. Lahirnya seorang putera ini adalah hasil perkahwinan di antara Wan Nazri Bin Wan Talib dan Sukidah Binti Adam. Saya telah dibesarkan di Besut, Terengganu. Saya merupakan anak sulung daripada tujuh adik-beradik. Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II dari tahun 2005 sehingga 2010. Selepas tamat pelajaran di sekolah rendah saya telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud II sehingga tamat tingkatan 5. Selepas itu, saya telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Selepas menamatkan zaman persekolah itu saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia. Saya telah mengambil bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Bagi saya bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang unik kerana bahasa Melayu mempunyai kepelbagaian bunyi dan makna. Saya berharap suatu hari nanti saya akan mampu menjadi seornag pejuang bahasa melayu kerana bagi saya tanpa bahasa Melayu maka hilanlah jati diri kita.

Sekian ......

No comments:

Post a Comment