Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: KELUARGA


Keluarga merupakan anugerah terindah untuk manusia. Tanpa keluarga maka tiadlah nikmat kebahgiaan dalam hidup. Nama ayah saya ialah Wan Nazri bin Wan Talib yang berkerja sebagai Penolong Jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Besut. Nama emak saya pula ialah Sukidah binti Adam yang bertugas sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Saya mempunyai tujuh orang adik –beradik dan saya merupakan anak pertama. Saya mempunyai enam orang adik yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Nama adik saya yang pertama ialah Wan Muhammad Fahmi bin Wan Nazri. Dia merupakan seorang pelajar yang menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan pergigian. Nama adik kedua saya ialah Wan Muhammad Danila bin Wan Nazri. Dia seorang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Seterusnya, nama adik saya yang ketiga ialah Wan Nur Sahira binti Wan Nazri. Dia merupakan anak sulung perempuan yang pertama dalam keluarga saya dan masih bersekolah lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Nama adik saya yang keempat ialah Wan Nur Khairina binti Wan Nazri. Dia berumur 13 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Seterusnya, nama adik saya yag keempat ialah Wan Muhammad Danish bin Wan Nazri. Dia merupakan antara adik saya yang paling aktif dalam bidang sukan. Akhir sekali, anak bongsu dalam keluarga saya ialah Wan Nur Iman binti Wan Nazri. Dia berumur 9 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2.





No comments:

Post a Comment