Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara Penulisan Blog dengan Baik

1. Tajuk yang menarik dan boleh menarik perhatian pembaca,

2. Cerita menarik yang dapat menaik hati pembaca. 

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. 

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. 

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. 

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. 

7. Dapat dibaca dan difahami.

8. Dapat berkomunukasi dengan pembaca

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalm penulisan anda. 

10. Berilmu untuk penulisan akademik. 

Rujukan:

Normaliza Abdul Rahim (2014). Learning Through Blog Writing Embraching the Technology.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu, Uiversiti Malaysia Terengganu. 


Pendapat saya 

Pada pendapat saya cara penulisan blog yang baik adalah apabila seseorang blogger tersebut dapat menarik ramai pembaca untuk membaca blog yang ditulis olehnya. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan ada blog yang baik dari segi grafik, kandungan dan susunan ayat maka ini memberi satu kelainan kepada para pelawat blog tersebut kerana mereka akan melihat sesuatu perkara yang berbeza dalam blog yang disediakan. Seperti yang kita sedia maklum kebanyakkan orang pada hari ini lebih gemar untuk melihat sesuatu perkara yang unik kerana bagi mereka sesuatu yang unik dapat memberi kepuasan kepada mereka. Antara cara yang boleh digunakan untuk menjadi penulis blog yang baik adalah dengan cara memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan kata-kata yang dapat mencuit hati maka ini akan dapat memberikan sesuatu perkara baru kepada para pembaca. Seterusnya, seorang blogger boleh juga mengaitkan penulisan mereka dengan berita-berita terkini. Ini kerana kebanyakkan pembaca pada hari ini gemar membaca sesuatu berita terkini dan mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencari sumber berita di Televisyen kerana sibuk dengan urusan harian mereka. Selain itu, penulis juga perlu menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas kerana ini akan membantu para pembaca untuk memahami penulisan kita. Oleh itu, blog kita akan dikunjungi oleh orang ramai.  





No comments:

Post a Comment