Menurut
Normalizaa Abd Rahim (2019) keputusan
dan perbincangan bab 6 ini membincangkan tentang isu penggunaan blog di
dalam pengajian kesusasteraan. Kajian ke atas penulisan blog di dalam pengajian
kesusasteraan ini dilakukan berlandaskan satu objektif iaitu blog yang
berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran
multimedia. Antara genre-genre yang dikaji dalam kajian ini ialah puisi, cerpen,
skrip drama dan pantun. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas pantun
menunjukkan bahawa wanita memperoleh keputusan yang tertinggi iaitu sebanyak 80%
berbanding lelaki iaitu 66.7%. Seterusnya, kajian yang dilakukan ke atas cerpen
juga menunjukkan bahawa wanita juga menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu
sebanyak 96.7% berbanding peratusan lelaki iaitu 86.7%. Berdasarkan kajian
menunjukkan bahawa cerpen yang berkaitan dengan cerita kanak-kanak menjadi
pilihan para penulis cerpen. Selain itu, kajian ke atas penulisan skrip juga
mencatatkan bahawa perempuan lebih tinggi berbanding lelaki iaitu sebanyak
93.3% berbanding 76.7%. Akhir sekali, kajian ke atas pantun juga menunjukkan
bahawa perempuan juga mempunyai peratusan yang tinggi berbanding lelaki iaitu
sebanyak 86.7% berbanding 66.7%. Peratusan ini menunjukkan bahawa kebanyakan
perempuan suka menulis pantun terutamanya pantun berunsurkan romantik. Seterusnya,
pengkaji juga melakukan kajian ke atas blog dalam pembelajaran bahasa. Kajian
ini dilakukan ke atas penulisan surat, meluahkan perasaan dan penulisan kritis
daripada blog. Hasil Kajian penulisan surat di dalam blog menunjukkan bahawa
perempuan mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu sebnayak 83.3% berbanding
lelaki iaitu 80%. Seterusnya, kajian ke atas meluahkan perasaan di blg juga
menunjukkan bahawa perempuan menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu
sebanyak 100% berbanding lelaki iaitu sebanyak 66.7%. Hal ini kerana bagi
perempuan meluahkan perasaan di blog merupakan medium terbaik untuk mereka.
Selain itu, peratusan menulis teka-teki di blog juga dipegang oleh perempuan
iaitu sebnayak 96.7% berbanding lelaki iaitu sebanyak 93.3%. Pengkaji juga
turut melakukan kajian ke atas blog dalam pembelajaran teknologi. Antara aspek
yang dititikberatkan dalam kajian ini ialah video, foto dan audio. Hasil kajian ke atas foto dan audio telah
menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai peratusan yang sama iaitu
sebanyak 100%. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan responden
menyatakan bahawa unsur grafik dan audio merupakan elemen tang diminati oleh
mereka untuk dimasukkan ke dalam blog mereka. Bagi gambar pula 93% lelaki dan
100% wanita menyatakan bahawa meletakkan gambar di blog boleh menyiapkan
hantran. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan wanita lebih suka
menggunakan telefon untuk mengambil gambar.
Rujukan/Bibliografi
Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu:Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment