Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis VanDijk (1977)



Teori Analisis Wacana Kritis VanDijk (1977)

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana kritis Van Dijk, 1977 dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi focus kepada makna local daripada suatu teks yang diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan.
Struktur Mikro
Makna local daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks.

Rajah 1: Teori Analisis Wacana kritis oleh VanDijk (1977)




Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacan dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.



No comments:

Post a Comment