Thursday 5 March 2020

MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM


Manfaat Penggunaan Instagram



Manfaat penggunaan Instagram adalah cerita pendek Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Dengan ada Instagram maka semua orang dapat menggunakan platform ini bagi menceritakan tentang aktiviti harian dan secara tidak langsung Instgram dapat dijadikan Diari mereka. Selain itu, manfaat subjek kajian ini menunjukkan bahawa mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Pelbagai perkara baru dipelajari terutama melibatkan teknologi. Tambahan pula, Instagram juga berupaya meningkatkan penggunaan teknologi dan menurut hasil kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell(2013) di mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Manfaat seterusnya adalah kajian tersebut bakal membantu pengajar dan pengguna cerita pendek Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif. Cerita pendek Instagram juga akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Hal ini kerana pelbagai teknologi baru diperkenalkan pada setiap masa. Manfaat kajian ini akan menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul dan pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar.


Rujukan/Bibliografi

Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.






No comments:

Post a Comment