Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN "KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA


[1] Keluarga



Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula di pagi hari

Sehingga malam nanti



Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai



Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka


Rujukan

Prof Dr Normaliza Abd Rahim, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT)




Cerita yang Berkaitan dengan Model di atas

Ahmad merupakan anak pertama daripada 3 adik-beradik. Ahmad berasal daripada keluarga yang susah dan hidup ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Namun begitu, hal ini tidak mematahkan semangat Ahmad untuk berjuang membela nasib mereka sekeluarga. Tiap pagi Ahmad akan bangun pada awal pagi untuk berkerja mencari sesuap nasi. Saya berkerja di sebuah warung yang terdapat dihujung kampung. Di warung tersebut Saya mendapat sebnayak RM 60 sebagai upah pada setiap hari. Dengan upah itu saya membeli barang keperluan dapur bagi manampung kehidupan mereka sekeluarga.  Ayah dan ibu Ahmad selalu berpesan supaya tidak mencuri dan meminta simpati daripada orang lain. Ibu ayah Ahmad berpesan biar kita hidup susah asalkan kita mempunyai budi perkerti yang baik. Pada setiap pagi sebelum pergi kerja Ahmad akan menghantar adik-adiknya ke sekolah. Ahmad sebenarnya mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti namun disebabkan masalah kewangan Ahmad terpaksa melupakan cita-citanya. Bagi Ahmad keluarga adalah segala-galanya.  Ahmad bercita-cita pada suatu untuk membuka sebuah perniagaan. Dia berharap cita-citanya itu akan tercapai pada suatu hari nanti. Oleh itu, hasil daripada upah yang diperoleh ketika berkerja di warung maka Ahmad telah menyimpan seidkit demi sedikit bagi mengumpul modal untuk membuka kedai runcitnya. Ahmad yakin dengan usaha keras dia mampu mengubah nasib keluarganya. 



Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020 : Asas Fotografi

Assalamualaikum semua, harini bersamaan 24 Februari 2020 kami mempelajari asas-asas fotografi yang diajar oleh Prof Dr Normaliza binti Abd Rahim. Di sini saya lampirkan hasil kerja kumpulan kami yang diaplikasikan daripada pembelajaran hari ini.

Jom kita lihat, zasssssss

MUG SHOT (ALIA)


                                Emosi Serius                                                    Emosi Gembira


 MUG SHOT (HASNI)


                                 Emosi Gembira                                              Emosi Serius


MUG SHOT (IRAH)


                                     Emosi Serius                                             Emosi Gembira


MUG SHOT (ISKANDAR)


                                    Emosi Serius                                              Emosi Gembira

     
MUG SHOT (MUNIRAH)


                                  Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (NAJMI)


                                   Emosi Serius                                           Emosi Menjengkelkan


MUG SHOT (FIQA)

     
                                     Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (HAIQAL)


                                  Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (SYIFA)


Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (NURIN)


Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


LONG SHOT


Long Shot permandangan dan manusia


Long Shot Permandangan 


MEDIUM SHOT


Medium Shot permandangan dan manusia


Medium Shot permandangan


CLOSE UP


Close Up mata


Close Up benda


POTRAIT 


Potrait Separuh


Potrait Penuh


BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik


Ulasan Tugasan Asas Grafik


Berdasarkan gambar ini ahli kumpulan kami sedang memegang hasil kerja yang dibuat pada 17 Februari 2020. Hasil ini merupakan tugasan yang diberikan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. 
























Gambar ini merupakan hasil kerja yang telah disemak oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. Prof memberikan pujian kepada kami atas kerja yang dihasilkan. Prof memberitahu supaya kami terus meningkatkan lagi usaha kami pada tugasan yang seterusnya.

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0 Soalan dan Jawapan

SOALAN BLANKET TEST 2.0 


Soalan 1 : Terangkan asas fotografi yang terdapat dalam gambar tersebut ?

Jawapan 1: Gambar tersebut menggunakan asas fotografi potrait. Gambar tersebut lebih kelihatan jelas diambil. Potrait diambil dalam jarak yang dekat untuk mempamerkan wajah yang beremosi seseorang.

Soalan 2: Jelaskan asas fotografi yang digunakan dalam gambar ini ?

Jawapan 2: Asas fotografi yang digunakan adalah Mug shot. Hal ini demikian kerana foto atau gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka. Mug shot mempamerkan pada bahagian raut wajah dengan lebih jelas supayaa dikenali oleh orang ramai.

Soalan 3: Huraikan asas fotografi yang berkaitan dengan gambar tersebut ?

Jawapan 3: Gambar yang digunakan adalah Close-up yang merupakan salah satu asas fotografi . Close-up diambil dalam jarak yang dekat untuk memfokuskan muka seseorang. Ianya diambil dengan lighting yang jelas.

Thursday 20 February 2020

BBM3201Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM


Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya Yang Istimewa
Cerita ini mengisahkan seorang kanak-knak yang ceria yang bernama Alim. Ali ini mempunyai keluarga yang bahagia yang terdiri daripada ayah, ibu, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Pada suatu hari, ayah Alim telah ke Pasar tani untuk membeli buah-buahan untuk dimakan oleh anaknya. Pelbagai jenis buah-buahan yang telah dibeli oleh Ayah Alim seperti rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Alim dan adik-beradik begitu teruja sekali apabila mengetahui bapanya telah membeli buah-buahan kegemaran mereka. Mereka telah makan dengan begitu teruja kerana buah-buahan tersebut. Sebelum itu, ibu Alim berpesan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah agar rumah mereka kelihatan bersih dan tidak bersepah. Sambil memakan buah itu tiba-tiba Alim bertanya kepada ibunya adakah dia boleh memberi sedikit buah-buahan ini kepada Sulaiman ang merupakan jiran sebelah rumahnya. Dia selalu ingat pesanan ibunya supaya selalu berbuat baik dengan orng lain. Alim telah memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang ketika itu sedang membasuh basikalnya. Kebetulan emak Sulaiman iaitu Mak Timah ada di situ dan dia mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah-buahan tersebut. Dia mendoakan supaya Alim sekeluarga akan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Rujukan: 
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. 
Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara







BBM3410Satu2020: KELUARGA


Keluarga merupakan anugerah terindah untuk manusia. Tanpa keluarga maka tiadlah nikmat kebahgiaan dalam hidup. Nama ayah saya ialah Wan Nazri bin Wan Talib yang berkerja sebagai Penolong Jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Besut. Nama emak saya pula ialah Sukidah binti Adam yang bertugas sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Saya mempunyai tujuh orang adik –beradik dan saya merupakan anak pertama. Saya mempunyai enam orang adik yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Nama adik saya yang pertama ialah Wan Muhammad Fahmi bin Wan Nazri. Dia merupakan seorang pelajar yang menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan pergigian. Nama adik kedua saya ialah Wan Muhammad Danila bin Wan Nazri. Dia seorang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Seterusnya, nama adik saya yang ketiga ialah Wan Nur Sahira binti Wan Nazri. Dia merupakan anak sulung perempuan yang pertama dalam keluarga saya dan masih bersekolah lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Nama adik saya yang keempat ialah Wan Nur Khairina binti Wan Nazri. Dia berumur 13 tahun dan masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2. Seterusnya, nama adik saya yag keempat ialah Wan Muhammad Danish bin Wan Nazri. Dia merupakan antara adik saya yang paling aktif dalam bidang sukan. Akhir sekali, anak bongsu dalam keluarga saya ialah Wan Nur Iman binti Wan Nazri. Dia berumur 9 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 2.





BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH


Nama: Wan Muhammad Iskandar Bin Wan Nazri
No. Matrik: 196575






Gambar di atas menunjukan tentang jawapan mengenai manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa. 

Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera




Pada hari ini kami telah ditugaskan oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim untuk membuat satu tugasan. Kami telah ditugaskan oleh prof untuk menyiapkan tugasan ini daripada 11.00 pagi sehingga 12.15 tengahari. Nama kumpulan kami adalah The Luxe Production. Nama kumpulan kami telah dipilih menerusi keputusan bersama oleh ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 10 orang. 






Gambar ini menunjukkan ahli kumpulan kami sedang berbincang untuk menentukan gambar yang terbaik bagi melaksananakan tugasan yang diberikan.




  

Seterusnya, Kami telah meneruskan dengan memilih dan menggunting gambar untuk tugasan yang diberikan. Seterusnya, Kami menampal gambar yang dipilih di atas mounting board yang berbentuk A4. 




Kemudian, sebahagian ahli kami yang lain telah ditugaskan untuk menggunting huruf dan nombor bagi membentuk nama dan no. matrik ahli kumpulan. Nama dan no. matrik di mounting board. 





Akhir sekali, inilah hasil yang kami peroleh daripada tugasan tersebut. Melalui tugasan ini kami dapat menerangkan dengan baik tentang asas grafik yang dipelajari. Ucapan jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan kerana memberi kerjasama yang baik. Sekian Terima Kasih

BBM3410Satu2020: Blanket Test


SOALAN 1: Berapa ayat dalam teks? 

JAWAPAN: 4 ayat



SOALAN 2: Sila terangkan satu elemen asas grafik yang berkaitan dengan gambar ini? 

JAWAPAN: Keseimbangan. Di dalam gambar itu, di bahagian atas terdapat warna langit yang cerah dan deseimbangkan dengan warna laut yang gelap di bawah. Di bawah kanan pula, kedudukan resort adalah rawak dan diseimbangi dengan resort di sebelah kiri yang padat. Malah di sebelah kiri terdapat sebuah bot yang juga mengimbangi resort yang padat itu.

Friday 14 February 2020

BBM3201Satu: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Alim. Dia mempunyai dua orang Nenek dan dua orang Datuk yang tinggal di Kajang dan Melaka. Pada suatu hari Alim telah pulang ke kampung Datuk dan Nenek di Kajang. Suasana yang tenteram di kampung itu telah menyebabkan Alim berasa selesa dan gembira apabila pulang ke kampung. Alim begitu teruja bila pulang ke kampung. Namun begitu keterujaan Alim berubah kepada sedih kerana apabila tiba di kampung Alim mendapati bahawa ayam dan itik yang selalu berada di reban rumah datuk dan neneknya telah tiada. Tanpa bertanya kemana ayam dan itik itu pergi Alim terus menangis kerana memikirkan bahawa ayam dan itik itu telah mati. Hal ini telah menyebabkannenek terus bergegas kepada Alim dan bertanya sebab dia menangis. Apabila mengetahui sebab Alim menangisnenek terus memberitahu bahwa ayam dan itik yang berada di reban itu telah dipindahkan ke rebn baru yang telah dibuat oleh datuk. Alim terus gembira melihat ayam dan itik itu masih hidup. Selepas selesai melawt reban ayam dan itik Alim terus masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba dia menangis lagi kerana mendapati suasana di dalam rumah itu amat berbeza berbanding kepulangannya sebelum ini. Nenek telah menerangkan bahawa rumah ini telah diubah suai. Setelah memeberi penerangan sejelas-jelasnya akhirnya Alim mengerti tentang perkara yang berlaku di rumah datuk dan neneknya.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara

Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara Penulisan Blog dengan Baik

1. Tajuk yang menarik dan boleh menarik perhatian pembaca,

2. Cerita menarik yang dapat menaik hati pembaca. 

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. 

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. 

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. 

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. 

7. Dapat dibaca dan difahami.

8. Dapat berkomunukasi dengan pembaca

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalm penulisan anda. 

10. Berilmu untuk penulisan akademik. 

Rujukan:

Normaliza Abdul Rahim (2014). Learning Through Blog Writing Embraching the Technology.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Ehh!! Media Sosial. Terengganu, Uiversiti Malaysia Terengganu. 


Pendapat saya 

Pada pendapat saya cara penulisan blog yang baik adalah apabila seseorang blogger tersebut dapat menarik ramai pembaca untuk membaca blog yang ditulis olehnya. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan ada blog yang baik dari segi grafik, kandungan dan susunan ayat maka ini memberi satu kelainan kepada para pelawat blog tersebut kerana mereka akan melihat sesuatu perkara yang berbeza dalam blog yang disediakan. Seperti yang kita sedia maklum kebanyakkan orang pada hari ini lebih gemar untuk melihat sesuatu perkara yang unik kerana bagi mereka sesuatu yang unik dapat memberi kepuasan kepada mereka. Antara cara yang boleh digunakan untuk menjadi penulis blog yang baik adalah dengan cara memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan kata-kata yang dapat mencuit hati maka ini akan dapat memberikan sesuatu perkara baru kepada para pembaca. Seterusnya, seorang blogger boleh juga mengaitkan penulisan mereka dengan berita-berita terkini. Ini kerana kebanyakkan pembaca pada hari ini gemar membaca sesuatu berita terkini dan mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencari sumber berita di Televisyen kerana sibuk dengan urusan harian mereka. Selain itu, penulis juga perlu menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas kerana ini akan membantu para pembaca untuk memahami penulisan kita. Oleh itu, blog kita akan dikunjungi oleh orang ramai.  





BBM3410satu2020: Tentang Diri







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ......

Pada tanggal 18 September 1998 telah lahir seorang Putera di Hospital Besar Kuala Terengganu atau sekarang dikenali sebagai Hospital Sultanah Nur Zahirah. Putera tersebut telah diberikan nama Wan Muhammad Iskandar Bin Wan Nazri. Lahirnya seorang putera ini adalah hasil perkahwinan di antara Wan Nazri Bin Wan Talib dan Sukidah Binti Adam. Saya telah dibesarkan di Besut, Terengganu. Saya merupakan anak sulung daripada tujuh adik-beradik. Mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II dari tahun 2005 sehingga 2010. Selepas tamat pelajaran di sekolah rendah saya telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud II sehingga tamat tingkatan 5. Selepas itu, saya telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Selepas menamatkan zaman persekolah itu saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia. Saya telah mengambil bidang Bahasa dan Linguistik Melayu. Bagi saya bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang unik kerana bahasa Melayu mempunyai kepelbagaian bunyi dan makna. Saya berharap suatu hari nanti saya akan mampu menjadi seornag pejuang bahasa melayu kerana bagi saya tanpa bahasa Melayu maka hilanlah jati diri kita.

Sekian ......