Video ini merupakan simpulan bahasa yang ditugaskan oleh Prof Normaliza Abd Rahim. Kami telah ditugaskan untuk mengambil gambar shot yang dipelajari berdasarkan simpulan Bahasa.
Wednesday, 25 March 2020
BBM3410Satu2020: Simpulan Bahasa
Video Simpulan Bahasa
Video ini merupakan simpulan bahasa yang ditugaskan oleh Prof Normaliza Abd Rahim. Kami telah ditugaskan untuk mengambil gambar shot yang dipelajari berdasarkan simpulan Bahasa.
Video ini merupakan simpulan bahasa yang ditugaskan oleh Prof Normaliza Abd Rahim. Kami telah ditugaskan untuk mengambil gambar shot yang dipelajari berdasarkan simpulan Bahasa.
Sunday, 22 March 2020
Monday, 16 March 2020
BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY
Gambar di atas merupakan tugasan yang diberi oleh Prof Normaliza Abd Rahim. Untuk tugasan ini kami telah diminta untuk mengambil gambar flatlay bagi sudut 90 darjah, 45 darjah, 22.5 darjah dan 0 darjah. Plebagai cabaran yang kami telah lalui bagi menyiapkan tugasan ini dan inilah hasilnya.
Sunday, 8 March 2020
BBM3410Satu2020: Asas Fotografi
Thursday, 5 March 2020
BBM3410Satu2020: Nota Asas Grafik
NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK
1. Mudah
- Sebagai contoh bangunan yang berwarna kuning dan motosikal berwarna biru. Ini menunjukkan kombinasi antara 2 warna.
- - Keseimbangan melibatkan kesimbangan di sebelah kanan, kiri, atas dan bawah.
1. Mudah
- Sesuatu gambaran
atau gambar yang mudah difahami
-Sebagai contoh,
sebuah kereta yang terletak di tempat letak kenderaan. Jadi orang tahu bahawa
itu kenderaan.
2. Warna
- Gabungan atau kombinasi warna dalam
sesuatu gambar atau video yang dihasilkan.
- Sebagai contoh bangunan yang berwarna kuning dan motosikal berwarna biru. Ini menunjukkan kombinasi antara 2 warna.
3 3. Teks
- - Merujuk kepada saiz huruf yang dipilih
untuk persembahan Multimedia.
4. Kesesuaian
- Gambar yang sesuai mengikut latar masa,
latar tempat dan latar waktu.
5. Keseimbangan
- - Keseimbangan melibatkan kesimbangan di sebelah kanan, kiri, atas dan bawah.
Rujukan/Bibliografi
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa: Universiti Putra Malaysia
BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis VanDijk (1977)
Teori Analisis Wacana Kritis VanDijk (1977)
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana kritis Van Dijk, 1977 dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan,
kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi
huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna
global daripada suatu teks yang diamati serta daripada topik atau tema sesuatu
teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti
bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi
focus kepada makna local daripada suatu teks yang diamati daripada pilihan
kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.
Struktur Makro
|
Makna global daripada suatu teks yang
dapat diamati daripada topik/tema suatu teks
|
Superstruktur
|
Kerangka suatu teks seperti bahagian
pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan.
|
Struktur Mikro
|
Makna local daripada suatu teks yang
dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu
teks.
|
Rajah 1: Teori Analisis Wacana kritis
oleh VanDijk (1977)
Rujukan:
BBM3410Satu2020: Taksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyeu & Scott (1997)
TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI &
SCOTT(1997)
Strategi Pengekalan atau Pengurangan
1. Pengabaian/Peninggalan
mesej
2. Pengelakan
topik
Achievement
or Compensatory Strategies
Pencapaian atau Strategi Pampasan
3. Parafrasa
(Circumlocution)
4. Penghampiran
5. Penggunaan
perkataan semua tujuan
6. Cipta
perkataan baharu (Word-coinage)
7. Penstrukturan
semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use
of non linguistic means)
8. Terjemahan
literal
9. Pengantarabangsaan
10. Pertukaran
kod
11. Meminta
pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appeal for help Stalling
Stalling
or Time-gaining Strategies
Penangguhan atau Strategi Tambahan Waktu
12. Penggunaan
perkataan yang tiada makna/Use of fillers/strategi
penanda (hesitation devices)
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019) Taksonomi
strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12
taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej,
pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua
tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan
kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod,
meminta pertolongan/penjelsan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali
penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei
& Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian, atau strategi pampasan dan
penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan
strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.
Taksonomi Strategi Komunikasi
Dornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi
maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala
pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana
tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada [enukaran mesej
asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangaan kosa kata manakala penghampiran
ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantic yang hamper sama dengan
perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan
bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih
tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan
perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan
semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa,
menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan
literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu
bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada
bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi
kepada bahasa sasran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau
frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada
makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan
perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.
Merujuk kepada strategi komunikasi
oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei
& Scott (1997) mendapati bahawa terdapat penambahbaikan dan dicadangkan
dengan strategi yang baharu. Oleh itu, kajian ini telah merujuk strategi
komunikasi di atas dan menambah pendekatan strategi komunikasi yang bharu.
Pendekatan strategi komunkasi yang baharu ini telah dibuktikan dengan kajian
dalam buku ini. Pendekatan strategi yang baharu merujuk kepada singkatan
penafian/percanggahan, persoalan, perujukan, imaginasi dan kesopanan. Enam strategi
ini tidak terdapat dalam strategi komunikasi oleh Tarone (1977), Faerch &
Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei & Scott (1997). Pendekatan
strategi komunikasi ini dilihat bersesuaian dengan kajian yang dilakukan.
Pendekatan strategi komunikasi oleh
Dornyei & Scott (1997) dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi
pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi
tambahan waktu. Pengasingan ini membolehkan kita membezakan dengan strategi
yang lain. Strategi ini penting untuk mengelakkan daripada menulis sesuatu
topik sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkataan. Melalui penghampiran.
Perkataan yang semantiknya sama dengan perkataan sasaran boleh digunakan. Penggunaan
item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat boleh
digunakan. Selain daripada itu, melalui penstrukturan semula, peninggalan mesej
disebabkan kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur
asal ayat juga boleh degunakan.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacan dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu
MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM
Manfaat Penggunaan Instagram
Manfaat penggunaan Instagram adalah cerita pendek Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Dengan ada Instagram maka semua orang dapat menggunakan platform ini bagi menceritakan tentang aktiviti harian dan secara tidak langsung Instgram dapat dijadikan Diari mereka. Selain itu, manfaat subjek kajian ini menunjukkan bahawa mereka mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram. Pelbagai perkara baru dipelajari terutama melibatkan teknologi. Tambahan pula, Instagram juga berupaya meningkatkan penggunaan teknologi dan menurut hasil kajian Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016) dan Bell(2013) di mana pelajar di sekolah bermotivasi dalam mempelajari kemahiran baharu dan kongsi pengetahuan mereka. Manfaat seterusnya adalah kajian tersebut bakal membantu pengajar dan pengguna cerita pendek Instagram dalam menggunakan Instagram secara positif. Cerita pendek Instagram juga akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu. Hal ini kerana pelbagai teknologi baru diperkenalkan pada setiap masa. Manfaat kajian ini akan menyumbang kepada pengguna Instagram dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul dan pengguna akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar.
Rujukan/Bibliografi
Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG
Menurut
Normalizaa Abd Rahim (2019) keputusan
dan perbincangan bab 6 ini membincangkan tentang isu penggunaan blog di
dalam pengajian kesusasteraan. Kajian ke atas penulisan blog di dalam pengajian
kesusasteraan ini dilakukan berlandaskan satu objektif iaitu blog yang
berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran
multimedia. Antara genre-genre yang dikaji dalam kajian ini ialah puisi, cerpen,
skrip drama dan pantun. Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas pantun
menunjukkan bahawa wanita memperoleh keputusan yang tertinggi iaitu sebanyak 80%
berbanding lelaki iaitu 66.7%. Seterusnya, kajian yang dilakukan ke atas cerpen
juga menunjukkan bahawa wanita juga menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu
sebanyak 96.7% berbanding peratusan lelaki iaitu 86.7%. Berdasarkan kajian
menunjukkan bahawa cerpen yang berkaitan dengan cerita kanak-kanak menjadi
pilihan para penulis cerpen. Selain itu, kajian ke atas penulisan skrip juga
mencatatkan bahawa perempuan lebih tinggi berbanding lelaki iaitu sebanyak
93.3% berbanding 76.7%. Akhir sekali, kajian ke atas pantun juga menunjukkan
bahawa perempuan juga mempunyai peratusan yang tinggi berbanding lelaki iaitu
sebanyak 86.7% berbanding 66.7%. Peratusan ini menunjukkan bahawa kebanyakan
perempuan suka menulis pantun terutamanya pantun berunsurkan romantik. Seterusnya,
pengkaji juga melakukan kajian ke atas blog dalam pembelajaran bahasa. Kajian
ini dilakukan ke atas penulisan surat, meluahkan perasaan dan penulisan kritis
daripada blog. Hasil Kajian penulisan surat di dalam blog menunjukkan bahawa
perempuan mempunyai peratusan yang tertinggi iaitu sebnayak 83.3% berbanding
lelaki iaitu 80%. Seterusnya, kajian ke atas meluahkan perasaan di blg juga
menunjukkan bahawa perempuan menunjukkan peratusan yang tertinggi iaitu
sebanyak 100% berbanding lelaki iaitu sebanyak 66.7%. Hal ini kerana bagi
perempuan meluahkan perasaan di blog merupakan medium terbaik untuk mereka.
Selain itu, peratusan menulis teka-teki di blog juga dipegang oleh perempuan
iaitu sebnayak 96.7% berbanding lelaki iaitu sebanyak 93.3%. Pengkaji juga
turut melakukan kajian ke atas blog dalam pembelajaran teknologi. Antara aspek
yang dititikberatkan dalam kajian ini ialah video, foto dan audio. Hasil kajian ke atas foto dan audio telah
menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai peratusan yang sama iaitu
sebanyak 100%. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan responden
menyatakan bahawa unsur grafik dan audio merupakan elemen tang diminati oleh
mereka untuk dimasukkan ke dalam blog mereka. Bagi gambar pula 93% lelaki dan
100% wanita menyatakan bahawa meletakkan gambar di blog boleh menyiapkan
hantran. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan wanita lebih suka
menggunakan telefon untuk mengambil gambar.
Rujukan/Bibliografi
Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu:Universiti Malaysia Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)