Thursday 4 June 2020

BBM3410SATU2020: CERITA SOSIAL 4 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 4

CERITA SOSIAL 4



Asslamualaikum semua hihihi. Lama dah aku rasa tak bercerita atau masukkan kerja dalam blog ini. Maklumlah kan sebelum ini cuti hari raya. Jadi aku rasa belum terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya hihihi. Ok hari ini aku ada satu benda baru nk berkongsi dengan teman-teman semua. Macam biasalah nak bercerita sikit. Hari ini Prof N macam biasa setiap Jumaat tugaskan aku untuk bercerita pasal nilai-nilai murni. Jadi apa tunggu lagi jom aku cerita.






Rumusan Cerita sosial 4
Berdasarkan cerita sosial 4 saya mendapati terdapat 3 nilai murni. Antara nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 4 ialah menghormati ibu bapa, baik hati dan berdisipilin. Nilai murni yang pertama yang terdapat dalam cerita ialah menghormati ibu bapa. Dalam cerita sosial 4 saya mendapati bahawa Alim seorang ank yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana dia bersalaman dengan ibu, bapa dan adik-beradiknya sebelum ke sekolah. Seterusnya, nilai murni kedua yang terdapat dalam cerita sosial 4 ialah baik hati. Alim seorang yang baik hati kerana dia selalu ingin berkongsi sesuatu dengan kawan-kawannnya. Sebagai contoh Alim membawa kek cawan ke sekolah untuk berkongsi dengan kawan-kawannnya kerana semalam merupakan hari jadi Alim. Akhir sekali, nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 4 adalah berdisiplin.  Alim seorang yang berdisiplin dalam kelas. Hal ini kerana dia selalu mendengar segala arahan yang diberikan oleh cikgu Anis disamping dia juga belajar dengan bersungguh-sungguh.

RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi: Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment