Thursday 30 April 2020

BBM3410SATU2020: Rule Of Thirds (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung blog saya. Alhamdulilah pada pagi hari Jumaat yang merupakan segala penghulu hari ini saya ingin menerangkan tentang sedikit tajuk kita pada hari ini iaitu Rule of Thirds. Rule of thirds adalah merupakan satu teknik penting dalam pengambilan sesebuah gambar. Seperti yang kita sedia maklum dengan ada teknik rule of thirds ini maka seseorang fotographer akan dapat menghasilkan sebuah gambar yang berkualiti tinggi. Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti swafoto mereja juga boleh juga menggunakan teknik Rule of Thirds ini sebagai alternative bagi menghasilkan gambar menarik. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan cara seseorang perlu mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik pada bingkai imej. Sebagai contoh, semasa kita sedang mengambil gambar swafoto, mungkin seseorang itu boleh meletakkan posisinya pada empat bahagian grid yang terdapat dalam bingkai tersebut. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik dan sesuai pada bahagian grid sehingga ia dapat menunjukkan keseimbangan foto yang berkualiti.





RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa: Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment